MINDSHIFT bermula dengan anjakan yang sederhana pada tahun 2021 apabila LeapEd berhadapan dengan cabaran impak sosial UNICEF Malaysia. Lapangan yang dibangunkan oleh mereka bertujuan untuk merevolusikan sokongan kesihatan mental untuk kanak-kanak Malaysia, serta didorong oleh kepercayaan terhadap kuasa transformatif sekolah dan guru-guru.
Menyahut cabaran itu, LeapEd melancarkan program rintis pada tahun 2022 bersama Institut Pendidikan Guru Malaysia yang melibatkan 30 orang guru berdedikasi serta disokong oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).
Pada tahun 2023, MINDSHIFT mendapat momentum kerjasama melalui PPB Properties iaitu mendapat penajaan tambahan untuk 60 orang guru di Kedah dan Kuala Lumpur. Malah kini, dengan sokongan penajaan Yayasan Hasanah, MindShift meningkatkan pencapaian bilangan guru kepada 180 orang guru lagi di 60 buah Sekolah.
Kit instrumen yang dibangunkan melalui program ini, kini boleh didapati secara percuma untuk kegunaan mana-mana guru atau sekolah yang ingin menerajui penyelidikan dan memerlukan sumber bagi meningkatkan kesihatan mental dan kesejahteraan golongan muda dalam komuniti mereka.
MINDSHIFT terus berkembang, memperkasakan pendidik di seluruh Malaysia untuk mewujudkan persekitaran sejahtera yang menggalakkan supaya setiap kanak-kanak di Malaysia mempunyai masa depan yang hebat.
Pengarah Urusan
Ketua Projek
Pengurus Projek
Fasilitator
Fasilitator
Penilai Program
Penasihat dan Penilai Program
Sokongan e-pembelajaran
Koordinator Projek
Untuk pertanyaan mengenai program MINDSHIFT, maklumat kerjasama, atau sebarang bantuan yang diperlukan, pasukan kami sedia memberikan sokongan dan panduan yang anda perlukan. Emelkan pertanyaan anda kepada:
Ann Jones (Ketua Projek MINDSHIFT) - ann.jones@leapedservices.com
Aizat Akmal (Pengurus Projek MINDSHIFT) - aizat.sayuti@leapedservices.com
Untuk sebarang pertanyaan mengenai LeapEd Services Sdn Bhd, emelkan pertanyaan anda kepada enquiry@leapedservices.com