Program ini dibangunkan oleh LeapEd pada tahun 2024 dan ditaja oleh Yayasan Hasanah. MINDSHIFT adalah hasil evolusi daripada projek rintis yang mendapat sokongan daripada UNICEF Malaysia dan MRANTI pada tahun 2022.
Membantu guru memahami isu kesihatan mental diri dan murid.
Menyediakan strategi praktikal untuk menangani tekanan kerja dan peribadi.
Menghubungkan guru dengan rangkaian sokongan dan perkongsian pengalaman.
Membolehkan guru menjadi agen perubahan positif dalam komuniti sekolah.
80% peningkatan dalam pemahaman guru tentang kepentingan mengamalkan tabiat gaya hidup yang sihat
>60% guru komited untuk melibatkan pelajar dalam menentukan jenis intervensi berasaskan kesihatan di sekolah
Hampir 100% guru sangat yakin untuk melaksanakan intervensi berasaskan kesihatan di sekolah
Program ini melengkapkan guru dengan Kit Instrumen yang direka khusus untuk digunakan oleh guru-guru dalam menangani isu kesihatan mental pelajar.